Ammar Alfian enggan ceraikan isteri - “Apa niat dia? Kami sudah tidak bersama sejak setahun yang lalu”

Ammar enggan memberi kerjasama dalam proses perceraiannya dengan Nelissa.

ISTERI kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam meluahkan kekesalan apabila suaminya menolak permohonan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Nelissa berkata, dia tidak mengetahui niat sebenar Ammar dan menyifatkan tindakan aktor itu hanya akan merumitkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Dia bercuti ketika saya sakit, kantoi mesej wanita lain ketika majlis baby shower” - Isteri nekad teruskan kehidupan tanpa Ammar Alfian

"Saya kecewa kenapa Ammar seperti hendak menjadikan kes ini semakin rumit apabila menolak permohonan cerai itu.

"Tak tahu apa niat sebenar dia, bagi saya kami sudah tiada apa-apa hubungan... malah tidak bersama sejak setahun yang lalu," kata Nelissa.



Nelissa memfailkan perceraian dengan Ammar pada Januari lalu.

Nelissa ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.

Menerusi laporan mStar pada 26 Julai tahun lalu, Nelissa memberitahu dia dan Ammar sudah tidak tinggal sebumbung, namun masih mempunyai ikatan sebagai suami isteri.

Isu rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat netizen apabila Nelissa membongkarkan dakwaan perlakuan curang suaminya secara terbuka di Instagram.

Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 secara sembunyi tanpa sebarang publisiti dan pengetahuan pihak media.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain