Dituduh sibuk hal rumah tangga Lufya, ini jawab Rita Rudaini - “Satu Malaysia tegur dia... tapi satu teguran saya dah rasa tergugat?”

Rita Rudaini selar komen netizen mengenai hal rumah tangga Lufya Omar.

SELEPAS dituduh cuba mencampuri urusan keluarga Lufya Omar dan bekas suaminya Dr Che Hafiz berkaitan isu nafkah, aktres Rita Rudaini tampil mempertahankan perbuatannya sebelum ini.

Ujar Rita, 44, tindakannya yang turut sama mempertahankan Lufya kerana isu tersebut hangat diperkatakan dalam masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur isu nafkah anak, Dr Che Hafiz minta Rita Rudaini tak masuk campur - “Tolonglah... biar kami selesaikan sendiri urusan ini”

"Saya tak fokus hal dia pun. Satu Malaysia tegur dia, termasuklah saya... tapi satu teguran saya pun dah rasa tergugat? Benda senang tak payah menyusahkan," ujarnya ketika membalas komen-komen netizen di ruangan Instagram mStar Online Official.

Komen Rita menjelaskan tindakannya mempertahankan Lufya.

Pada minggu lalu, Rita yang juga ibu kepada dua orang anak lelaki itu memberi peringatan kepada Dr Che Hafiz supaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anaknya Laana Haura.

Kata Rita, kecanggihan teknologi yang ada hari ini lebih memudahkan urusan pemberian nafkah.

Bagaimanapun, menerusi laporan mStar pada Khamis, Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum kurang senang dengan teguran itu dan meminta Rita tidak mencampuri urusan peribadi dia dan bekas isterinya.

Sementara itu, Rita turut membidas komen netizen yang meminta Lufya untuk menggunakan saluran yang betul dalam mendapatkan hak anaknya.

Rita berkata, tindakan yang dilakukan Lufya dalam membawa kes itu ke mahkamah adalah satu cara yang tepat berbanding meluahkannya di media sosial.

Nafkah anak tak perlu masuk mahkamah pun kalau si bapa tu tahu tanggungjawab pada darah daging.

RITA RUDAINI

PELAKON

Pelakon filem Mami Jarum ini bagaimanapun berkata, status sebagai selebriti membuatkan berita sensasi itu cepat dihidu dan menjadi mainan di media.

"Maaf, dia dah gunakan saluran yang betul dengan pergi ke mahkamah. Apa yang tak betulnya? Yang doktor tu guna media sosial, telefon wartawan sana sini nak bagi kenyataan tu macam mana?

"Kalau mereka tak guna media sosial pun, Lufya tu kan selebriti... kalau dia bukan selebriti tak ada siapa nak ambil tahu.

"Mahkamah tu penuh wartawan, jadi selebriti kena hadap la semua ni. Kalau tak nak hadap, cari kerja lain.

"Itu yang orang luar tak faham, apabila keluar media saja kata selebriti yang kecoh-kecohkan. Silap tu," komen Rita.

Dr Che Hafiz tahu tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Dalam pada itu, Rita turut meminta netizen untuk mengubah persepsi terhadap selebriti dan berharap isu nafkah dapat diselesaikan secara baik tanpa perlu dibawa ke mahkamah.

"Cuba ubah persepsi tu dan fahamkan. Apa-apa doa yang terbaik semoga bapa Haura jalankan tanggungjawab kepada anak.

"Takkan nak tunggu masuk mahkamah perang minta nafkah? Nafkah anak tak perlu masuk mahkamah pun kalau si bapa tu tahu tanggungjawab kepada darah daging," katanya.

Untuk rekod, Dr Che Hafiz bercerai dengan Lufya dengan talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

GRS menang majoriti mudah PRN Sabah