suria

Bekas isteri pertama Da'i Farhan difitnah hantar mesej unsur lucah - “Saya belajar dan mengajar agama... takutlah pada Allah”

Fatin kongsi bukti paparan skrin perbualan mesej pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan namanya.

BEKAS isteri pertama kepada pendakwah bebas Da'i Farhan iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris kesal apabila namanya dicemari dengan fitnah berunsur lucah menerusi aplikasi sembang, MiChat.

Tegas Fatin, perbuatan berkenaan dianggap keterlaluan serta tidak bermoral demi kepentingan pihak tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Da'i Farhan titip pesanan untuk wanita, usah rendahkan peranan lelaki dalam keluarga! - “Ada yang dah rujuk balik pun masih kena maki hamun”

Namun menurut Fatin dia bersyukur apabila akaun palsu yang menggunakan namanya itu segera dipadam selepas tampil menyuarakan mengenainya di Instagram.

"Alhamdulillah. Akaun palsu yang menggunakan nama saya dipadamkan. Sedia maklum sebarang penyebaran yang berunsurkan lucah melalui sosial media, apatah lagi menggunakan nama orang lain atas kepentingan sendiri adalah tindakan yang tidak bermoral.

Saya belajar agama dan mengajar agama. Takutlah pada Allah.

FATIN NURUL AIN

BEKAS ISTERI DA'I FARHAN

"Perbuatan ini perlu dihentikan! Saya dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa supaya orang lain tidak menjadi mangsa.

"Bukti (screenshot) yang berunsurkan lucah boleh disimpan untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut," kata Fatin di Instagram.

Sebelum ini, Fatin memuat naik paparan skrin mesej perbualan MiChat berbaur lucah yang menggunakan nama serta gambarnya sebagai profil.

Fatin lega akaun palsu tersebut telah dipadam.

Fatin juga merayu orang ramai agar melaporkan akaun palsu berkenaan kepada pihak berkuasa dan menasihati agar tidak mudah terpedaya.

"Saya belajar agama dan mengajar agama. Takutlah pada Allah. Untuk makluman saya hanya aktif dua akaun ini sahaja iaitu Instagram dan Facebook. Akaun lain seperti MiChat, MeWe atau yang lain memang tiada.

"Dengan status baru, saya tampil diri pertahankan maruah diri saya daripada fitnah ni, memang sangat besar. Melibatkan nama baik dan keluarga saya.

"Saya mohon selain daripada akaun berkenaan tolong report sebagai spam, kerana akaun ni menyamar jadi saya. Saya doakan agar kita semua dijauhkan daripada fitnah yang besar ini dan diberikan kekuatan untuk menentang sebarang penipuan dan kezaliman ke atas orang lain," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain