Cemas! Nabila Huda menangis ketakutan di IG cetus panik rakan selebriti - “Macam nampak ada bayang hitam kat luar!”

Nabila menangis teresak-esak sebab ketakutan apabila ternampak bayang hitam di depan rumahnya.

VIDEO memperlihatkan pelakon Nabila Huda menangis dalam ketakutan yang dikongsikan di Instastory miliknya mengundang kebimbangan dalam kalangan netizen dan rakan selebriti.

Menerusi video tersebut, Nabila atau lebih mesra disapa Abil tidak dapat mengawal perasaan takut apabila mendapati rumahnya dipercayai didatangi individu yang mencurigakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda geram... nak cari video kelakar tapi nama Alya Iman yang keluar di 'timeline' - “Dia buat saya letak telefon!”

Menurut pemilik nama Nabila Huda Suhaimi, 36, dia ternampak bayang individu berbadan besar memakai serba hitam ketika suaminya, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila tiada di rumah.



Nabila berkongsi video dia dalam ketakutan.

"Korang! Weh serius la weh. Saya tak tahu. Saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu saya dengar sesuatu. Dah la suami saya tak ada, Keisha tak ada. Saya nampak macam ada... weh tak kelakar!

"Macam mana ni weh? Pintu kunci tak? Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar. Macam besar. Dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu hanya nampak bayang.

"Takkan pencuri? Saya rasa pencuri. Weh macam mana ni weh? Weh saya takut gila. Saya takut," kata Nabila sambil menangis teresak-esak.

Tolong jangan buat benda gimik macam ini. Aku serba salah kalau aku tak bantu kau.

FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Sehingga kini, anak kepada penyanyi rock Amy Search itu tidak memuat naik sebarang kenyataan atau maklumat selanjutnya mengenai apa yang berlaku kepada dirinya.

Bagaimanpun usaha mStar untuk mendapatkan Nabila gagal apabila dia tidak menjawab panggilan.

Dalam pada itu, pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi laman Instagram meluahkan rasa bimbang apabila isteri iaitu Datin Almy Nadia memberitahu apa yang berlaku kepada rakan baiknya itu.

Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 41, berkata dia tidak mengetahui sama ada Nabila sekadar berlakon atau perkara itu benar-benar terjadi.



Fizz berharap Nabila tidak buat gimik.

"Ya aku tahu kau seorang pelakon yang hebat tapi benda-benda yang boleh menjatuhkan jantung kawan-kawan ini memang lagi hebat. Benda itu lakonan atau kenyataan kami tak tahu.

"Yang kami tahu kau kawan baik aku tau! Faham tak... @kupu_kupu. Tolong jangan buat benda gimik macam ini. Aku serba salah kalau aku tak bantu kau.

"Aku berlari balik rumah bila @almynadiaofficial beritahu ada orang masuk rumah kau... faham tak perasaan aku sekarang cik Abil... terima kasih sangat," kata Fizz.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik