Penangan '7 Hari Mencintaiku', peminat mahu Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila betul-betul bercinta - “Kalau dah jodoh saya terima”

Syazwan tidak berasa rimas peminat jodohkan dia dengan Wan Sharmila.

PENANGAN watak Helmi serta Sophie menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 membuatkan peminat mahu pelakon Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila bercinta di alam nyata.

Syazwan atau nama sebenarnya Mohd Syazwan Zulkifly, 33, berkata dia tidak pernah berasa rimas dengan permintaan peminat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang Syazwan Zulkifly dedah hubungan putus Mac lalu - “Isu foto bersama wanita lain itu biarlah dia sendiri jelaskan”

Dia berpendapat lakonannya dengan Wan Sharmila telah berjaya memberi kesan kepada peminat sehingga mahukan ianya benar terjadi.



Peminat mahu Syazwan dan Wan Sharmila berkahwin.

"Mungkin disebabkan saya dan Lala (Wan Sharmila) masih single. Jadi, peminat mahu jodohkan kami berdua.

"Bagi saya, itu bukan satu masalah dan saya tak rasa rimas pun bila peminat jodohkan. Maksudnya lakonan saya dan Lala memberi kesan.

"Kalau orang tak bercakap tentang kami berdua, itu bermakna lakonan kami tidak berjaya la dan buat penat sahaja berlakon," kata Syazwan kepada mStar.

Sekiranya memang kami dijodohkan bersama, siapa la saya untuk menolak takdir Allah.

SYAZWAN ZULKIFLY

PELAKON

Gandingan Syazwan dan Wan Sharmila sebagai suami isteri dalam drama tersebut mendapat pujian penonton yang mahu menjodohkan mereka.

Selain Syazwan dan Wan Sharmila, 7 Hari Mencintaiku 2 turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Syazwan memberitahu dia sudah lama mengenai Wan Sharmila dan baginya wanita itu seorang yang berdikari.

"Saya sudah lama mengenali Lala dan secara peribadi dia seorang yang berdikari, straight foward dan sweet.



Syazwan terima jodohnya dengan Wan Sharmila.

"Sekiranya memang kami dijodohkan bersama, siapa la saya untuk menolak takdir Allah. Sudah tentu saya menerimanya dengan hati terbuka.

"Apa-apa pun, saya harap semua orang mendoakan kami berdua," ujarnya.

Syazwan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang pramugari bernama Sya Zulkifli pada 31 Ogos tahun lalu dan hubungan mereka berakhir pada Mac lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sah! GRS menang majoriti mudah PRN Sabah