Bersedia masuk industri, Umar Hisham (Hero Remaja 2020) harap tiada pihak yang dengki - “Saya tak pernah buat benda tak senonoh”

Umar sudah bersiapkan diri untuk hadapi cabaran dalam dunia seni.

NAIB juara program realiti Hero Remaja 2020 iaitu iaitu Umar Hisham memberitahu dia sudah bersiap sedia dari segi mental untuk menghadapi apa sahaja cabaran dalam industri seni.

Menurut Umar atau nama sebenarnya Muhd Umar Badrol Hisham, 22, dia tidak pernah melakukan perkara yang tidak baik sebelum ini dan berharap tiada pihak yang akan cuba menjatuhkannya.

“Nak tak nak, saya kena bersiap sedia untuk hadapi cabaran nak masuk dalam industri seni sebab ini adalah pilihan saya sendiri. Jadi, saya memang kena bersedia dari segala segi mental la.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok dan harap tidak akan ada benda tak baik terjadi kepada saya. Bagi saya, memang ada orang yang mempunyai perasaan hasad dengki dan cuba jatuhkan kita.



Umar mahu mencuba semua bidang.

“Selagi pihak itu tidak melakukan sesuatu yang melampau sehingga melibatkan keluarga dan karier, saya mungkin akan biarkan sahaja. Tapi kalau sampai memfitnah atau menjatuhkan maruah, saya akan tampil beri penjelasan, ” kata Umar kepada mStar.

Pentas akhir Hero Remaja 2020 yang berlangsung pada Julai lalui menyaksikan Nadhir Nasar dari selangor menjadi juara manakala Umar ditempat kedua dan tempat ketiga milik jejaka bernama Meerqeen.

Dalam pada itu, Umar mengakui biarpun memegang status naib juara program realiti Hero Remaja 2020, namun ia bukan satu tiket yang mudah untuk dia memasuki dunia seni.

Menurut anak jati kelahiran Johor itu, dia juga seperti orang lain yang perlu melalui proses uji bakar sebelum ditawarkan dalam bidang yang dipilih iaitu lakonan dan pengacaraan.



Status sebagai Naib Juara Hero Remaja tidak beri tiket mudah untuk Umar masuk dalam industri seni.

“Mungkin ada segelintir pihak anggap dengan title Hero Remaja itu sudah memberi peluang yang mudah untuk saya dapat terus tawaran dalam bidang seni.

“Tapi sebenarnya tidak... saya tetap kena lalui proses uji bakat seperti orang lain. Memang title itu sedikit sebanyak memberi populariti untuk saya tapi saya tetap kena berusaha nak masuk dalam industri seni.

“Buat masa sekarang, saya ada pergi beberapa uji bakat lakonan dan pengacara. Kalau boleh saya nak cuba semua sekali, nak jadi versatil. Tapi saya lebih minat pengacara sebab saya suka bercakap, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain