Shima ‘Teringin’ syukur dapat rumah PPR, lega nasib terbela - Hiburan | mStar

Shima ‘Teringin’ syukur dapat rumah PPR, lega nasib terbela

Shima terima surat tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) pada Jumaat.

KEPERITAN hidup yang dialami penyanyi terkenal 90-an, Shima akhirnya terbela apabila menerima surat tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima, 50, meluahkan rasa syukur kerana tawaran tersebut sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos sara hidup yang ditampungnya bersama suami.

"Kalau sebelum ini saya dan suami perlu membayar lebih RM600 sebulan untuk kos sewa rumah di Damansara Damai, namun kini kami bakal berpindah ke rumah baru dalam masa terdekat yang kosnya cuma RM255 sebulan.

"Saya amat berterima kasih kepada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang mengambil inisiatif untuk menyampaikan sendiri surat tawaran ini kepada saya," katanya kepada mStar.

Shima ditemui semasa majlis penyerahan surat tawaran PPR bertempat di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan pada Jumaat.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Teringin ini bagaimanapun berkata dia tidak dapat pindah masuk ke rumah baharu itu dengan segera berikutan kos berpindah yang tidak dapat ditampungnya.

Shima jelas belum mampu menguruskan kos berpindah.

"Kalau ikut hati memang saya nak pindah secepat mungkin, namun kos sewa lori dan sebagainya agak tinggi, saya belum mampu buat masa sekarang.

"Tambahan lagi saya perlu menjelaskan sedikit wang pendahuluan, saya dan suami akan ikhtiar sebaiknya bagi melancarkan proses berpindah ini," tambah Shima.

shima

Artikel Lain