suria

Semalam kongsi video 'pregnancy test', hari ini Bella Dally dah lahirkan 'baby' - “Alahai buat orang marah sahaja”

Bella Dally akhirnya mendedahkan 'pregnancy test' yang dimaksudkannya adalah produk kosmetik yang baharu dilancarkannya.

TEKA-TEKI mengenai status kehamilan yang dikongsi pelakon Bella Dally akhirnya terjawab selepas aktres itu mendedahkan pregnancy test yang dimaksudkannya adalah produk kosmetik yang baharu dilancarkan pada Khamis.

Menerusi laman Instagram, Bella memuat naik video pendek memaparkan dia memperaga beberapa koleksi warna gincu bibir keluarannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan berkahwin... Bella Dally beri bayangan sudah hamil!

ARTIKEL BERKAITAN:  “Pandai masak tak sebenarnya?”- Bella Dally kata yang penting ada usaha

"Akhirnya hari yang paling ditunggu-tunggu telah tiba. Ini baby baharu saya.

"Sebenarnya dah lama nak buat jenama kosmetik saya sendiri dan akhirnya tahun ini menjadi kenyataan.

"Terima kasih atas sokongan anda!" tulisnya.

Bella mendedahkan hasrat untuk memiliki produk kosmetik jenama sendiri.

Terdahulu, Bella seolah-olah memberi bayangan dirinya kini sudah hamil apabila dia memuat naik sebuah video berdurasi 16 saat yang memaparkan alat penguji kehamilan dengan tanda positif pada malam Selasa.

Tindakannya itu mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan selebriti seperti, Wawa Zainal, Mira Filzah, Nelydia Senrose, Bella Astillah dan Hanez Suraya yang turut teruja mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira itu.

Akhirnya hari yang paling ditunggu-tunggu telah tiba. Ini baby baharu saya.

Bella Dally

Pelakon

Bagaimanapun sesetengah peminatnya meluahkan rasa kecewa dengan gimik pelancaran produk baharunya itu yang dianggap seolah-olah memberi berita palsu kepada peminat.

"Konon dia nak cakap keluar baby lipmatte tapi alahai... teruk marketing. Ingat dia mengandung. Alahai buat orang marah sahaja.

"Apa kena-mengena dengan pregnancy test tu? Mengelirukan. Saya ingatkan Bella hamil.

"Semua tertipu dengan iklan ni. Mati-mati aku ingat Bella mengandung.

Bella mendirikan rumah tangga bersama Arif  Izuddin pada 31 Mac lalu.

"2 dalam 1 punya pengumuman kah ini? Tak baik main-mainkan perasaan kita. Semua orang dah teruja kot tengok posting sebelum ni. Kalau nak keluar produk baru pun jangan lah guna pregnancy test," tulis netizen.

Bella mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu bersama Arif Izuddin Mohd Radzali.

Ini merupakan perkahwinan kedua baginya.

Bella atau Nabilah Ali Dally, 28, sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.

Bella Dally, hamil

Artikel Lain