suria

“Saya tak anggap isteri biadab” - Izzue Islam minta hormat kehidupan rumah tangganya

Izzue menjelaskan gurauan yang dilakukan isterinya itu tidak pernah menyinggung perasaan.

LUMRAH menjadi selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian netizen. Tidak terkecuali, penyanyi dan pelakon Izzue Islam yang dikritik netizen gara-gara berkongsi video kemesraan bersama isterinya, Awin Nurin.

Tindakan isterinya yang suka bergurau itu mencetuskan rasa kurang senang segelintir netizen yang menganggap perkara yang dilakukan Awin adalah biadab.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terlalu banyak dugaan kita tempuh untuk menikmati saat indah” - Ucapan istimewa Izzue Islam buat isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta maaf isteriku, belum mampu beri baby idaman” - Ucapan paling 'sweet' Izzue Islam untuk isteri sentuh hati peminat

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, bagaimanapun menjelaskan ia adalah gurauan biasa yang sering dilakukan bersama isteri malah tidak pernah menggores hatinya.

“Saya tak anggap perlakuan itu sebagai biadab. Lagipun saya sendiri yang post perkara itu di Instagram kerana saya suka cara isteri saya bergurau dengan saya.

Izzue gemar berkongsi video kemesraan dia dan isteri sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

“Kami ok sahaja tiada masalah. Ramai lagi mereka yang sudah berkahwin di luar sana bergurau dengan cara begini.

“Cuma beberapa orang sahaja yang rasa ia biadab. Mungkin kerana mereka tak biasa buat... tindakan dia tak pernah mengguris hati saya pun,” katanya kepada mStar.

Izzue ditemui ketika majlis sidang media Mak Yung “Raja Besar Maha Gading” di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Izzue berkata, setiap individu memiliki cara tersendiri untuk bermesra bersama isteri.

Malah, bekas anggota kumpulan Forteen ini turut meminta orang ramai menghormati cara dia mendidik isteri.

Tapi saya minta maaf juga kepada netizen yang berasa kurang senang melihat video kami.

IZZUE ISLAM

Penyanyi

“Mungkin ada orang lain yang lebih teruk cara gurauannya tapi mereka rasa ok... jadi kenapa tidak kita hormat sahaja mereka? Saya dengan cara saya sahajalah. Lainlah kalau dia bergurau sampai mencederakan saya.

“Tapi saya minta maaf juga kepada netizen yang berasa kurang senang melihat video kami.

“Insyallah akan lebih banyak video kami buat nanti,” ujarnya.

Izzue dan Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin berkahwin pada 2 Jun 2013.

Izzue Islam, Awin Nurin

Artikel Lain