Habis pantang, Zizie Ezette kongsi wajah dan nama anak perempuannya - Hiburan | mStar

Habis pantang, Zizie Ezette kongsi wajah dan nama anak perempuannya

Zizie Izette kongsi wajah dan nama puterinya

SELEPAS lebih sebulan melahirkan cahaya mata, Datin Seri Zizie Ezette akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya di laman sosial instgram miliknya pada Sabtu.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 41, turut berkongsi nama anak kandung ketiganya itu iaitu Aalisa Belle Izzete.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dapat kembar lelaki, Zizie Ezette timang bayi perempuan pula

ARTIKEL BERKAITAN: Zizie Ezette umum bakal timang bayi perempuan Mac depan

Sesi fotografi pertama Aalisa Belle Izette

"Hello uncles and unties! My name is Aalisa Belle Izette.

"Ini adalah gambar sesi fotografi pertama ketika berusia 19 hari, harap anda semua gembira melihat gambar-gambar ini," tulisnya.

Perkongsian menarik itu juga menerima lebih 35 ribu tanda suka dan lebih 500 komen netizen.

Rakan-rakan selebriti turut tidak melepaskan peluang mengucapkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.

Zizie bersama anak-anaknya

"MashaAllah she is so beautiful, tahniah Zizie dan Bung Moktar," tulis Daphne Iking.

"Yeay sudah habis berpantang," tulis Rozita Che Wan.

Zizie selamat melahirkan Aalisa Belle Izzete pada 1 Mac lalu pada pukul 12.06 tengah hari.

Zizie dan suami, Bung Moktar

Pelakon itu berkahwin dengan Datuk Seri Bung Moktar pada 2009.

Mereka sebelum ini dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete yang lahir pada 29 Disember 2017.

Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat, Nayla Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette yang berusia setahun.

zizie ezette

Artikel Lain

Hamidin dipilih presiden MFL baharu