Dugaan Alif Tanpa Isteri, Anak

Alif bersama isteri, Azzah Fariha dan anak perempuan mereka iaitu Alana Alif. Foto Instagram @alifgram & NORAFIFI EHSAN / THE STAR

PENYANYI rap dan komposer Alif memberitahu bukan mudah berjauhan dengan isteri, Azzah Fariha dan anak perempuan mereka iaitu Alana Alif yang kini berusia 18 bulan di Singapura demi mencari rezeki di Malaysia.

Kata Alif, 28, perancangannya untuk membawa keluarga kecilnya itu tinggal bersamanya di negara ini juga terpaksa ditangguhkan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

"Sepatutnya isteri dan anak saya berpindah ke Kuala Lumpur pada Jun lalu namun perancangan itu terpaksa dilupakan buat seketika.

"Memang sukar juga tanpa mereka di sisi tambahan pula Alana semakin membesar dan saya banyak terlepas untuk melihat dia membesar.

Alif baharu sahaja melancarkan single terbaharunya yang berjudul Buat Selamanya.

"Tetapi ini dugaan saya dan Insya-Allah suatu hari nanti saya pasti akan bawa mereka tinggal bersama saya," katanya yang berkahwin dengan Azzah pada 13 September 2014.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Kisah Peribadi” - Alif

Dalam pada itu, Alif berkata, walaupun berjauhan namun dia akan memastikan akan pulang melawat keluarganya sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

"Kalau saya balik Singapura memang seronok dapat bertemu dengan Alana dan apabila dia nampak saya dia akan berlari mendapatkan saya.

"Ia perasaan yang cukup menakjubkan kerana dia mula mengenali saya tetapi kalau saya hendak pulang ke Kuala Lumpur saya terpaksa 'hilang' secara senyap.

Fokus Alif adalah terhadap keluarga dan karier seninya.

"Kalau tidak dia akan menangis dan tidak mahu lepaskan saya kerana dia sudah tahu saya akan pulang dalam tempoh masa tertentu," katanya.

Kata Alif walaupun berat namun dia terpaksa melakukan pengorbanan itu kerana sedar apa dilakukan sekarang adalah semata-mata untuk mencari rezeki buat keluarganya.

"Jika berada di Kuala Lumpur saya memang fokus kepada kerja dan jarang keluar.

"Perasaan rindu terhadap isteri dan anak sentiasa dalam diri. Hendak pula kalau Face Time dengan mereka, lagi saya rasa hendak pulang ke Singapura," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alif baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Buat Selamanya selain sibuk dengan kerja sebagai komposer.

Alif, Sleeq, Buat Selamanya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain