Slot '9X' Di TV9 Capai Sasaran Penonton Remaja - Hiburan | mStar

Slot '9X' Di TV9 Capai Sasaran Penonton Remaja

Barisan penyampai radio Hot FM yang akan mengendalikan Hot TV. Foto UTUSAN
Barisan penyampai radio Hot FM yang akan mengendalikan Hot TV. Foto UTUSAN

PETALING JAYA: Slot 9X di saluran TV9 yang mengetengahkan ekspresi kreativiti di kalangan remaja sejak 20 Februari tahun lalu berjaya mencapai sasaran menarik perhatian golongan muda itu.

Pengurus Besar TV9, Zurina Othman berkata, 9X berjaya menambah jumlah penonton sehingga sembilan peratus sepanjang setahun ia bersiaran.

"Antara program-program 9X yang mempunyai jumlah tontonan tinggi ialah Mad Market dan Versus, di mana kedua-dua rancangan itu akan disambung untuk musim seterusnya.

"Untuk tahun ini kami menambah sebanyak enam program baru yang pastinya dapat memberikan manfaat buat golongan remaja yang menonton.

"Seperti biasa pihak kami mengekalkan tiga prinsip iaitu menyuntik elemen baru, memberikan kelainan dan terus menjadi inspirasi buat penonton kami," katanya selepas pelancaran program baru TV9 di Marche, The Curve, di sini, Khamis.

Slot 9X merupakan segmen yang menempatkan 'kotak suara' anak-anak muda dalam mengembangkan kreativiti di bidang muzik dan penerbitan program televisyen.

Antara program baru yang akan disiarkan untuk empat bulan pertama tahun 2013 ialah The Dream Sisters dan Fuzz Food.

"Selain itu TV9 turut melakukan kolaborasi eksklusif bersama dua stesen radio popular Hot FM dan Fly FM menerusi program Hot TV dan Fly FM Stripped.

"Dalam pada itu, program lain yang disiarkan termasuklah drama bersiri Inggeris Teenwolf musim kedua," kata Zurina.

The Dream Sisters akan disiarkan pada 28 Januari ini, pukul 10.30 malam, di mana ia merupakan percubaan pertama TV9 menghasilkan program berbentuk drama realiti.

Ia memaparkan empat dik beradik iaitu Anis Nabilah, Aimi, Amira dan Aisya dalam menggapai cita-cita melalui inspirasi yang diperoleh daripada kedua-dua ibu bapa mereka.

Fuzz Food yang dikendalikan oleh DJ Fuzz pula akan memaparkan lokasi-lokasi kedai makanan sihat yang enak. Ia akan disiarkan bermula 28 Januari (setiap Isnin) pukul 11 malam.

Hot TV pula akan menampilkan penyampai-penyampai radio Hot FM yang beraksi spontan menerusi permainan yang dibuat selama 15 minit di televisyen bermula 28 Januari ini, setiap Isnin hingga Rabu (pukul 11.30 malam).

Fly FM Stripped pula disiarkan selepas Hot TV iaitu pada pukul 11.45 malam di mana ia memaparkan persembahan secara akustik dan santai oleh penyanyi-penyanyi tempatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Jimmy Shanley Kini Deejay U FM

default image

Linda Onn Sudah Usaha Cari Calon Suami

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.