suria

Lady Gaga Muncul Bertudung Litup

Lady Gaga sentiasa tampil dengan imej pelik.
Lady Gaga sentiasa tampil dengan imej pelik.
Lady Gaga sentiasa tampil dengan imej pelik.

PENYANYI Lady Gaga sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk tampil luar biasa dan kali ini Gaga tampil berselubung bagi menghadiri Minggu Fesyen di London baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan kelibat Gaga hampir tidak dikenali dan hanya dicam oleh pihak paparazi kerana kasut tinggi yang dipakainya.

Selain baju yang tidak mendedahkan tubuh badan, Gaga juga mengenakan penutup kepala berwarna merah jambu lengkap dengan hiasan dan menutup wajahnya.

Namun busana tersebut turut dihiasi dengan bulu-bulu yang diperbuat daripada kulit binatang walaupun pernah dikecam sebelum ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain