suria

Shakira Berbelanja Sakan Untuk Bantu Ekonomi Negara

PENYANYI Shakira sebelum ini selalu merasa bersalah jika berbelanja sakan namun kini dia sedar bahawa hobinya itu boleh membantu ekonomi dunia.

“Membeli-belah sebenarnya boleh membantu ekonomi dunia. Kalau ada tempat yang orang-orangnya tidak berbelanja, pasti ekonominya teruk,” kata Shakira seperti yang dipetik dari Female First.

Shakira mengaku dia menyukai semua perkara yang biasanya dilakukan oleh perempuan seusia dengannya seperti bersenam di taman dan menonton filem yang teruk.

Meski menyukai hal yang remeh-temeh, tidak bererti Shakira tidak serius menjalani kehidupannya. Wanita 32 tahun yang lahir di Colombia itu menyedari dia harus berbuat sesuatu untuk negaranya yang dikenali sebagai negara pengeluar kokain.

”Saya melihat ramai anak-anak yang dilatih dalam perniagaan menjual ubat-ubatan terlarang. Mereka tentu tidak mahu menjadi pengedar. Saya sedar yang saya harus berbuat sesuatu walaupun kecil,” jelasnya lagi.

Artikel Lain