suria

Charlie ST12 Buat Lagu Melalui Telefon Bimbit

TELEFON bimbit bukan sahaja alat komunikasi bagi salah seorang anggota ST12, Charlie, malah ia juga merupakan salah satu alat merakam karya terbarunya.

"Saya buat syair dan lagu terus saya tulis di telefon. Malah hampir semua lagu ciptaan saya adalah menerusi telefon bimbit," katanya seperti dipetik di KapanLagi.com.

Charlie juga memberitahu tidak memilih jenis telefon yang terlalu mahal sebagai pilihannya.

"Jenama telefon tidak terlalu penting bagi saya, yang penting adalah cara pemakaiannya mestilah tidak terlalu rumit," terang Charlie.

Namun begitu, kualiti adalah penting daripada harga, tapi dia juga tidak menafikan bahawa telefon bimbit yang berkualiti adalah mahal harganya. Charlie yang kini mengunakan telefon bimbit model Nokia N71 telefon pintar BlackBerry dipilih kerana mudah digunakan.

Apa yang menarik, vokalis dan pencipta lagu ini telah menghias BlackBerry kepunyaannya dengan aksesori berupa manik-manik berwarna keemasan.

"Ia lebih menarik, saya lebih rasa teruja bila dihias begini, ini juga salah satu terapi bukan?," katanya.

Ketika ditanya adakah telefon bimbit kini seperti isteri keduanya? "Tidak juga, gitar paling saya sayang. Cuma telefon lebih penting dalam kehidupan dan saya boleh membuat lagu melalui telefon bimbit," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain