suria

Filem 'Twilight' buat Ashley Greene dan anjingnya terkenal!

Aktres filem "Twilight" Ashley Greene hadir ke The 2009 MTV Video Music Awards di New York, pada 13 September 2009. -Foto REUTERS
Aktres filem
Aktres filem "Twilight" Ashley Greene hadir ke The 2009 MTV Video Music Awards di New York, pada 13 September 2009. -Foto REUTERS

PELAKON Ashley Greene yang membintangi 'Twilight' menyifatkan filem blokbuster itu suatu pengalaman berlakon istimewa dan luar biasa kepada dirinya malah anjing peliharaannya.

Greene, 22, memegang watak Alice Cullen dalam filem itu yang dikeluarkan pada 2008. Dia akan membawa watak itu kembali dalam sekuel akan datang.

"Ia luar biasa, bukan?" media memetik dia sebagai berkata.

"Saya percaya anjing saya lebih terkenal sekarang berbanding dengan bintang-bintang di luar.

"Saya bertaruh sesetengah pihak di Hollywood pasti bertanya, 'Majalah tidak memaparkan gambar saya tetapi anjing Marlow milik Ashley berjaya mendapat peluang itu?"," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain