suria

Bali Dapat Jolokan 'Pulau Cinta' Kerana Julia Roberts

Aktres Julia Roberts menghadiri tayangan perdana untuk filem 'Duplicity' di Teater Ziegfeld pada 16 Mac 2009 di New York. -Foto AP

PULAU yang selalu menjadi tarikan pelancong, Bali kini mendapat jolokan nama baru, gara-gara aktres terkenal Julia Roberts.

Gabenor Bali, Made Mangku Pastika berkata, penduduk Bali sepatutnya berasa bersyukur kerana kehadiran aktres tersebut kerana penggambaran filem 'Eat, Pray, Love' (EPL) telah menyebabkan pulau itu kini lebih dikenali.

"Bukan itu saja. Kerana Julia Roberts juga, pulau Bali kini dikenalid engan nama 'Pulau Cinta," kata Mangku Pastika.

Sebelum ini Bali dikenali dnegan beberapa nama seperti Pulau Dewata, Pulau Khayangan dan Pulau Seribu Pura.

Mangku Pastika amat teruja dengan gelaran baru ini kerana baginya, amat penting mewujudkan Bali yang maju, aman, damai dan sejahtera.

"'Pulau Cinta', akan langsung membuat orang tahu yang Bali ini damai, aman dan penuh dengan cinta," kata Mangku Pastika.

Proses penggambaran filem 'EPL' di Bali sudah berlangsung sebulan lebih dan akan berakhir pada 15 November 2009.

Ianya telah berlangsung di beberapa lokasi seperti Pasar Seni Ubud, Padang Padang, Ungasan dan Pelabuhan Benoa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain