suria

Lindsay kurus melidi kerana stres

Lohan tidak mengambil pusing tentang apa yang ditulis oleh media dan para blogger, cuma dia tidak mahu peminat-peminatnya risau tentangnya.

AKTRES vokal Lindsay Lohan, yang baru-baru ini menjadi bahan berita kerana badannya yang kurus melidi, telah menyalahkan cara hidupnya yang stres penyebab keadaan fizikalnya begitu.

Susuk badannya yang terlalu kurus itu menjadi topik perbualan di kalangan media dan di laman blog. Namun Lohan tetap pertahankan dia tidak ada masalah cuma stres sahaja.

"Saya makan banyak seperti biasa dan saya bekerja keras. tidur pun tidak cukup terutama bila saya pergi menjelajah ke merata tempat.

"Saya rasa semua ini yang membuat badan saya kurus begini," kata aktres berusia 22 tahun itu.

Sebenarnya, Lohan tidak mengambil pusing tentang apa yang ditulis oleh media dan para blogger, cuma dia tidak mahu peminat-peminatnya risau tentangnya, itu saja.

"Mereka telahpun menulis macam-macam tentang diri saya. Saya tak kisahpun. Saya tahu diri saya siapa dan orang boleh bercakap apa yang mereka mahu tentang saya. Saya tetap akan jadi diri saya," kata Lohan.

Artikel Lain