suria

Tiada watak untuk Dolly Parton dalam filem 'Hannah Montana'

Parton kerap juga muncul di dalam siri TV 'Hannah Montana' membawa peranan sebagai ibu saudara kepada Miley Cyrus.
Parton kerap juga muncul di dalam siri TV 'Hannah Montana' membawa peranan sebagai ibu saudara kepada Miley Cyrus.
Parton kerap juga muncul di dalam siri TV 'Hannah Montana' membawa peranan sebagai ibu saudara kepada Miley Cyrus.

KALAU artis lain sudah tentu merajuk atau menjeruk hati jika dipinggirkan. Tapi artis 'country' Dolly Parton tidak bersikap sedemikian walaupun wataknya untuk filem 'Hannah Montana' dilupakan begitu saja.

Walaubagaimanpun, Parton agak terperanjat juga bila diberitahu yang namanya 'tercicir' dan watak yang dijanjikan untuknya tidak dimasukkan dalam filem 'Hannah Montana.'

Menurut kenyataan dari pihak studio, kesilapan itu tidak disengajakan apabila eksekutif studio terlupa memasukkan peranan Dolly Parton dalam filem itu.

Walaupun Parton agak kecewa tetapi dia tetap 'sporting'.

Sebelum ini, Parton kerap juga muncul di dalam siri TV 'Hannah Montana' membawa peranan sebagai ibu saudara kepada Miley Cyrus. Jadi sememangnya dia berharap akan dimasukkan wataknya dalam filem itu.

Tapi ada versi lain yang berkata, ianya bukan disebabkan kesilapan eksekutif studio. Cerita sebenar, mungkin Parton tidak layak untuk membintangi filem itu.

Namun, Parton tidak berkecil hati. Cuma dia sedikit terkilan saja.

"Watak saya tidak ada di dalam filem itu. Alangkah bagusnya kalau saya dapat berlakon dalam filem itu. Saya jangka mereka akan memasukkan watak saya," kata Parton yang pernah mengecap kemasyuran bersama Kenny Rogers menyanyikan lagu-lagu bergenre 'country' dan 'rock n roll' satu waktu dulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain