suria

Akon titipkan nasihat untuk Rihanna

Akon pula berharap Rihanna akan bersikap positif meskipun telah melalui insiden buruk itu.
Akon pula berharap Rihanna akan bersikap positif meskipun telah melalui insiden buruk itu.
Akon pula berharap Rihanna akan bersikap positif meskipun telah melalui insiden buruk itu.

RAMAI teman selebriti tampil untuk memberi sokongan moral kepada Rihanna setelah mendengar teman lelakinya Chris Brown membelasahnya dengan teruk sekali.

Penyanyi hip-hop Akon dan aktres Hollywood Gabrielle Union menasihatkan penyanyi yang popular dengan lagu 'Umbrella' itu supaya tabah menghadapi dugaan.

Rihanna telah mengalami kecederaan di bibir, hidung dan bekas gigitan ekoran dipukul oleh Chris, seorang rapper berusia 19 tahun.

Setelah insiden itu, Chris ada membuat kenyataan yang beliau sedih atas apa yang terjadi kerana mengakibatkan Rihanna terpaksa dikejarkan ke hospital.

Gabrielle Union, yang juga teman Rihanna dan Brown, mahu Rihanna bersabar dan berharap kes 'high profile' begini akan membuat lebih ramai orang membuka mata terhadap keganasan rumahtangga.

"Saya kenal mereka berdua. Sayangnya, ramai tidak tahu fakta yang sebenarnya. Apa yang baik ialah kita semua boleh berbincang pasal penderaan dan keganasan rumahtangga secara terbuka sekarang.

"Kekasaran dan keganasan bukanlah jawapan untuk sebarang masalah. Eloklah kini kita boleh berbincang pasal masalah ini. Cuma saya berharap jangan sesekali menggunakan keganasan untuk menyelesaikan sebarang masalah," kata Gabrielle.

Akon pula berharap Rihanna akan bersikap positif meskipun telah melalui insiden pahit itu.

"Teruskan buat apa yang anda buat sebelum ini. Saya harap dia akan lebih positif. Rihanna seorang perempuan yang kuat. Saya tahu dia boleh melalui fasa ini," kata Akon.

Sementara itu, ramai lagi selebriti Jay-Z dan Jessica Alba telah memberi sokongan kepada Rihanna, yang kini berada dalam persembunyian.

Artikel Lain