suria

20 tahun berpecah, 'Spandau Ballet' kembali bersama

'Reunion 'Spandau Ballet' ini telah diatur oleh pengurus mereka Steve Dagger.
'Reunion 'Spandau Ballet' ini telah diatur oleh pengurus mereka Steve Dagger.
'Reunion 'Spandau Ballet' ini telah diatur oleh pengurus mereka Steve Dagger.

BAND popular dari Britain Spandau Ballet sudah bersedia untuk membuat 'comeback' setelah berpecah dan membawa haluan sendiri pada tahun 1989.

Kumpulan, yang dianggotai oleh Tony Hadley, adik-beradik Martin and Gary Kemp, Steve Norman and John Keeble, akan membuat persembahan di HMS Belfast, River Thames.

Lokasi itu menjadi lebih signifikasi kerana di situlah Spandau Ballet mula membuat persembahan pada tahun 1979.

'Reunion 'Spandau Ballet' ini telah diatur oleh pengurus mereka Steve Dagger.

Dagger dilaporkan berkata, "Kami tidak akan buat apa-apa pengumuman lagi tapi ya, budak-budak itu bersatu kembali untuk persembahan yang akan datang."

"Ini bukan sekadar sesuatu yang nostalgia tapi mereka disatukan kembali untuk membuat satu persembahan yang segar - satu perkara yang sinonim dengan Spandau Ballet," katanya.

Perhubungan antara anggota kumpulan itu tidak dapat diselamatkan lagi apabila pada tahun 1999, Hadley, Norman and Keeble membuat tuntutan melalui saman kepada Gary Kemp kerana tidak membayar royalti kepada mereka.'

"Selalunya kalau satu kumpulan itu sudah berpecah, sukar untuk menyatukan mereka balik," jelas Roy Eldridge, bekas ketua di Chrysalis Record, majikan lama 'Spandau Ballet'.

"Satu ketika dulu, mereka langsung tidak boleh berada di bilik yang sama. Jangan cakap nyanyi sama. Tapi sekarang, sebab sudah tua, sudah gemuk dan tidak berduit, mereka bersatu kembali. Tengok sajalah samada mereka masih ada magis lagi," kata Eldridge.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain