suria

Arjun gondol kepala hayati watak ahli politik licik!

Semakin menyerlah lakonan, semakin hebat tawaran yang diterima Arjun Rampal. Terbaru, Arjun akan membawa watak ahli politik yang licik dalam 'Rajniti' arahan Prakash Jha.

ARJUN Rampal, satu-satunya aktor yang sudah berjaya menunjukkan taringnya setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang lakonan.

Pelakon berkarektor ini baru saja mendapat pujian dan komen positif tentang lakonannya sebagai gitaris dalam filem 'Rock On' arahan Abhishek Kapoor.

Dan sebelum ini, Arjun menambat hati ramai produser dengan lakonan berkarektor jahatnya dalam 'Om Shanti Om'.

Semakin menyerlah lakonan, semakin hebat tawaran yang diterima. Terkini, Arjun baru saja memberi persetujuan untuk watak ahli politik yang licik dalam 'Rajniti' arahan Prakash Jha.

Untuk mendapatkan mood dan penghayatan yang lebih, Arjun sanggup ke Bhopal untuk melihat sendiri proses kempen bagi pilihanraya diadakan untuk pemilihan Lok Sabha. Sementelah penggambaran pun sedang berjalan di sana.

Tapi pengorbanan yang lebih besar apabila Arjun sanggup menggondolkan kepalanya untuk watak ahli politik ini.

"Saya benar-benar rindu rambut panjang saya. Tapi apa boleh buat...," kata Arjun yang kini berkepala botak.

"Watak saya dalam 'Rajniti' cukup mencabar dan menarik. Saya bawa watak ahli politik yang banyak pengaruh di Utara India seperti Bihar dan Madhya Pradesh.

"Kami sedang membuat pengambaran di Bhopal sekarang ini untuk memberi kesan yang lebih efektif untuk filem ini," kata ayah kepada dua orang anak gadis ini.

Jelasnya lagi, "Prakashji sendiri sudah mencadangkan beberapa buku yang perlu saya baca di Univeristi Bhopal untuk menyiapkan diri saya bagi watak ini.

"Tapi saya tidak boleh memberitahu watak ahli politik mana yang saya mainkan. Saya diminta merahsiakan informasi ini dan saya tidak dibenarkan berbicara pasal ahli politik itu.

Artikel Lain