PELAKON Nikita Mirzani bengang dituduh bersekedudukan dengan teman lelakinya iaitu Matthew Gilbert ketika bercuti ke Paris, Perancis baru-baru ini. Menyangkal dakwaan tersebut, Nikita, 39, menjelaskan percutian itu bukan hanya bersama Matthew tetapi disertai rakan-rakannya yang lain. "Saya berdua-duaan dengan Matthew di Paris itu fitnah. Saya tidak pergi sendiri. Saya ke sana dengan sebelas orang rakan-rakan yang lain. Nikita turut membawa anak-anaknya pergi melancong ke Paris. "Saya bawa adik dan teman lelakinya serta rakan-rakan saya. Anak-anak saya pun saya bawa. "Jadi, berita itu adalah fitnah. Kamu tidak boleh fitnah, saya ada bukti," katanya. Rata-rata netizen tampil memberi sokongan kepada selebriti itu dengan menegaskan agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah. ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani mengaku sedang bercinta dengan model lebih muda, rakan artis minta waspada takut diperguna ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani luah hasrat hamil lagi, mahu anak jadi pengganti Lolly "Kasihan dia, yang memfitnah tidak mempunyai bukti. "Mereka fitnah hanya kerana Nikita sedang bermasalah dengan anaknya, sangat menjengkelkan," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!