PENGARAH filem terkenal David Lynch meninggal dunia pada Khamis. Daily Mail melaporkan David menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun akibat penyakit emfisema. Mendiang pada Ogos tahun lalu mendedahkan dia menghidap penyakit tersebut dipercayai kesan tabiat merokok. David menghidap emfisema akibat tabiat merokoknya sejak sekian lama. Dilahirkan di Missoula, Montana pada 20 Januari 1946, David mencipta nama sebagai seorang tokoh unik dalam dunia perfileman Hollywood. Antara karyanya yang paling ikonik termasuk filem Blue Velvet, Mulholland Drive dan siri televisyen Twin Peaks. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Dalyce Curry ditemukan mati dalam rumah terbakar di Los Angeles ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi veteran Aspalela Abdullah meninggal dunia Sepanjang kerjayanya, Lynch diiktiraf dengan pelbagai anugerah termasuk Anugerah Kehormat Akademi pada tahun 2019. Keluarga mendiang mengumumkan pemergiannya dalam satu hantaran di Facebook dan menyifatkan pemergian David sebagai satu kehilangan besar dalam hidup mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!