suria

10 tahun bergelar wanita simpanan, Kim Min Hee hamil anak pengarah berumur 65 tahun

Kim hamil anak pertama hasil hubungan dengan Hong sejak 10 tahun lalu.

PELAKON Kim Min Hee bakal menimang cahaya mata sulung hasil hubungan terlarang dengan pengarah terkenal Korea Selatan iaitu Hong Sang Soo.

Dispatch melaporkan pasangan itu mendapat perkhabaran tentang kehamilan tersebut sejak musim panas tahun lalu dan kandungan Min Hee sudah memasuki trimester kedua.

Aktres itu dijangka bersalin pada musim bunga ini.

NP - 2025-01-17T122719.791

Kim sedang hamil anak Hong.

Pengarah itu juga dilaporkan sudah berpindah dari Apgujeong-dong di Seoul ke daerah Hanam, Gyeonggi-do untuk bersama Min Hee.

Sang Hoo juga kelihatan tidak terkesan dengan pandangan orang sekeliling walaupun ramai mengutuk hubungan mereka.

Malah Sang Hoo, 65, dilihat menemani Min Hee, 43, menjalani pemeriksaan di sebuah klinik obstetrik di Seoul pada 15 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Min Hee Teruskan Skandal Dengan Pengarah Filem

ARTIKEL BERKAITAN: Jung Woo Sung mengaku tidak pernah mencintai Moon Ga Bi, netizen anggap kenyataan melampau

Pengarah itu sebenarnya masih bergelar suami kepada isteri yang dinikahinya sejak 1985 namun dilaporkan sudah meninggalkan keluarganya demi Min Hee.

Sang Hoo dan Min Hee dilaporkan mula menjalinkan hubungan sulit sejak sepuluh tahun lalu.

Huungan mereka mula rapat ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran filem Right Now, Wrong Then pada 2015.

NP - 2025-01-17T122708.712

Skandal Kim dan Hong bermula sejak 2015.

Dua tahun kemudian, pasangan itu secara terbuka mengakui hubungan terlarang mereka tanpa rasa bersalah.

Sejak skandal itu, Kim secara eksklusif muncul dalam filem arah Sang Hoo termasuk The Day After, Hotel by the River dan The Woman Who Ran.

Lakonannya dalam By the Stream memperoleh kemenangan menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Locarno ke-77 pada Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain