suria

Pendapatan lebih besar, Patricia Gunawan bantu suami tanggung keluarga

Patricia dedah sifat ihsannya membantu suami menanggung isi keluarga.

HANYA kerana pendapatannya lebih tinggi, model terkenal Indonesia Patricia Gunawan mendedahkan dia turut menanggung nafkah keluarganya.

Patricia, 35, berkata, suaminya iaitu Daniel Bertoli yang berasal dari Itali percaya perbelanjaan keluarga tidak seharusnya menjadi beban suami tetapi dibantu oleh isteri.

"Soal nafkah kami bekerjasama. Bagi Daniel tidak masuk akal seorang suami perlu menyediakan segala-galanya.

Untitled design (11)

Patricia melahirkan anak pertamanya iaitu Zoe pada September tahun lalu.

"Ini disebabkan saya juga bekerja malah pendapatan bulanan saya lebih tinggi daripada suami.

"Jadi adalah adil sekiranya saya juga menanggung sebahagian kos membabitkan keluarga kami," katanya.

Dalam pada itu, Patricia berkata dia bersyukur kerana mempunyai pendapatan sendiri dan tidak perlu bergantung kepada suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad tegur wanita ungkit isu nafkah RM500, syukur rezeki semakin murah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa minta nafkah anak naik 6 kali ganda, Adam Shahz jual motosikal Ducati bukan sebab terdesak perlu duit

"Saya terus menjelaskan selama bertahun-tahun, perbezaan budaya itu benar.

"Tetapi mujurlah saya sentiasa bekerja dan tidak pernah meminta apa-apa," ujarnya.

Untuk rekod, Patricia dan Daniel melangsungkan perkahwinan pada 5 Februari 2023 di Bali, Indonesia.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zoe Harper Bertoli yang kini berusia 3 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain