suria

Pernah mengidolakan pelakon lain... Ahn Hyo Seop juga berharap mampu jadi aktor kesayangan ramai

Ahn Hyo Seop mempunyai senarai pelakon kegemaran.

BINTANG K-Pop terkenal iaitu Ahn Hyo Seop mengakui dia juga mempunyai senarai beberapa pelakon yang disukainya.

Memetik laporan Soompi, Ahn Hyo Seop berkata dia sentiasa ingin menonton filem atau drama lakonan pelakon kegemarannya itu.

Malah, pelakon drama bersiri popular Business Proposal ini memberitahu dia juga menyimpan impian untuk menjadi aktor kegemaran penonton.

"Semasa saya masih muda, saya mempunyai perasaan bahawa terdapat beberapa pelakon yang saya suka. Tidak semestinya kerana penampilan mereka atau kerana mereka mempunyai suara yang bagus.

"Tetapi kerana saya hanya menyukai mereka, jadi saya mahu melihat filem atau drama yang mereka bintangi. Jika saya cuba menerangkan sebab (mengapa saya suka), itu perasaan yang sangat sukar untuk dijelaskan.

"Walaupun ia mudah, saya mahu menjadi seorang pelakon yang orang selalu mahu lihat. Pelakon seperti itu!" kata Ahn Hyo Seop.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain