suria

Tampil berbeza Ayu Ting Ting mengaku buat rawatan tanam benang di hidung

Ayu Ting Ting mengaku membuat rawatan tanam benang di wajahnya.

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Ayu Ting Ting dalam sebuah rancangan temu bual di Youtube, Rumpi dilihat sangat berbeza dan menarik perhatian ramai.

Bukan hanya tampil dengan gaya dan warna rambut baharu, rupanya penyanyi itu turut mengakui menjalani rawatan tanam benang di wajahnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Ayu Ting Ting tertekan sering dikecam, tak tahu apa kesalahan hingga terlalu dibenci netizen

Memetik laporan Liputan6, pada awal rancangan itu, Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina diminta oleh pengacara, Feni Rose untuk membuka pelitup mukanya untuk melihat keaslian wajah penyanyi itu memandangkan topik yang dibawakan dalam rancangan itu bertajuk 'Implan atau Filler'.

Apabila Feni bertanya sama dia melakukan filler, Ayu menjelaskan dia hanya melakukan rawatan berkenaan.



Penampilan terbaharu Ayu Ting Ting dalam sebuah rancangan temu bual di Youtube, Rumpi.

"Baru-baru ini saya buat rawatan tanam benang di hidung.

"Ayah dan ibu juga pernah buat rawatan yang sama," ujarnya.

Pada masa sama, Feni turut bertanya sama ada dia berbuat rawatan itu kerana mengikut jejak ke dua ibu bapanya.

"Kalau tidak aku diusir," jawab Ayu Ting Ting sambil tertawa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak