suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

An Yu Jin bebas Covid-19 selepas 12 hari kuarantin di pusat rawatan

An Yu Jin bebas Covid-19.

SELEPAS 12 hari menjalani kuarantin di sebuah pusat rawatan, penyanyi An Yu Jin akhirnya sudah sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan pulang.

Menerusi kenyataan agensi Starship Entertainment, An Yu Jin yang disahkan positif pada 4 September lalu masih memerlukan rehat sebelum memulakan semula aktiviti seninya.

"An Yu Jin disahkan positif Covid-19 pada 4 September lalu. Dia dimasukkan ke pusat rawatan seperti mana yang disarankan pihak kesihatan.

"Selepas 12 hari menjalani kuarantin di pusat rawatan tersebut, An Yu Jin kini sudah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang pada Khamis.

"An Yu Jin masih berehat selepas meninggalkan pusat rawatan itu dan kami akan menyusun semula jadualnya mengikut keadaan kesihatannya," kata agensi. - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain