suria

Hampir tertukar suami! Ifan Seventeen terkejut isteri tarik tangan, bawa lari kembar seiras depan mata

Ifan dan Idan memiliki wajah yang seiras hingga sukar untuk membandingkan antara kedua-duanya.

MUNGKIN ramai yang tidak tahu penyanyi Ifan Seventeen yang popular dengan lagu Kelmarin memiliki saudara kembar bernama Idan.

Mereka ini dikatakan bukan sahaja memiliki hobi yang sama, malah wajah mereka juga seiras sehingga sukar untuk dibandingkan.

Kedua-dua adik beradik ini juga masing-masing sudah mendirikan rumah tangga yang mana Citra Monica adalah isteri kepada Ifan manakala Cynthia Wijaya milik Idan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan berkahwin, isteri Ifan Seventeen jalani IVF untuk segera dapat anak

Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila baru-baru ini ke dua-dua pasangan tersebut berkongsi kisah lucu yang berlaku ketika mereka meluangkan masa bersama.

Menerusi Instagram, Ifan berkongsi sebuah video yang memaparkan situasi Ifan dan Idan sedang berbual sambil menikmati keindahan alam di sekeliling.

Ifan dan Idan bersama dua beradik yang lain.

Ifan dan Idan bersama dua beradik yang lain.

"Punya saudara kembar itu seperti memiliki setengah jiwa, semua sama," tulisnya dalam video berkenaan.

Bagaimanapun seketika kemudian kelihatan Monica secara tiba-tiba menarik tangan Idan yang disangka suaminya, Ifan.

"Sini sebentar," kata Monica sambil menarik Idan dan situasi itu menyebabkan Ifan sangat terkejut.

Ternyata bukan hanya Monica saja yang keliru, tapi juga isteri Idan yang turut menceritakan perkara itu di ruang komen.

Video yang dimuat naik itu turut mendapat pelbagai respons daripada pengikut Ifan yang turut keliru dan sukar membandingkan antara kedua-dua beradik tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain