suria

Britney Spears tutup akaun Instagram selepas bertunang... peminat pula bimbang

Britney Spears mengikat tali pertunangan dengan Sam Asghari selepas lima tahun menjalin cinta.

AWAL minggu lalu, penyanyi terkenal, Britney Spears mengejutkan peminat di seluruh dunia dengan pengumuman pertunangan bersama kekasihnya, Sam Asghari selepas lebih lima tahun bercinta.

Pengumuman itu dibuat Britney, menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Romantik! Sam Asghari tempah ukiran istimewa dalam cincin berlian 4 karat Britney Spears

Bagaimanapun, selepas pengumuman itu dibuat, dilaporkan akaun Instagram Britney tidak dapat dikesan seperti ia telah dinyahaktif.

Berikutan itu, ramai peminat tertanya-tanya apa yang berlaku kepada penyanyi yang popular dengan lagu Toxic itu.

Tidak lama selepas itu, Britney muncul di Twitter dan meminta peminatnya bertenang.

“Jangan bimbang saya akan segera kembali” ujarnya.

Sementara itu, sumber terdekat memberitahu bahawa ia adalah keputusan Britney sendiri tanpa dipaksa mana-mana pihak.

"Perkara itu sesuatu yang ingin dilakukan oleh Britney buat sementara waktu" ujar sumber.

Sebelum ini, Britney menggunakan laman Instagramnya untuk mengemaskini perkembangan kes dakwaan kehidupan peribadi dan kewanganya dikongkong selama 13 tahun.

Penyanyi itu memuat naik posting terakhir pada Selasa lalu dengan memberitahu peminat tentang kebebasan yang diharapkan selama ini.

“Saya menunggu 13 tahun dan mengharapkan kebebasan saya” ujarnya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada gerakan Free Britney, kempen yang dibuat oleh peminat bertujuan membebaskannya dari konservatori.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain