suria

Percaya dapat tuah, Lisa Blackpink tukar nama atas nasihat tukang tilik nasib

Lisa akui tukar nama untuk ubah nasib.

AHLI kumpulan Blackpink Lisa percaya kejayaannya yang dicapai hari ini disebabkan tuah selepas dia menukar nama asalnya Pranpriya Manobal.

Penyanyi Kpop keturunan Thailand ini memberitahu dia menukar namanya kepada Lalisa atas nasihat peramal nasib ketika berusia 13 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Lisa Blackpink bakal lancar debut solo, mula penggambaran MV minggu ini

Pada ketika itu juga dia mengikuti uji bakat yang diadakan YG Entertaiment sebagai pelatih.

"Saya menghadiri uji bakat YG, tapi mereka tidak menghubungi saya selepas uji bakat itu. Saya benar-benar mahu jadi artis,"katanya dalam wawancara bersama Billboard baru-baru ini.

Selain Lisa, Blackpink turut dianggotai oleh Jisoo, Jennie dan Rosé.

blackpink

Blackpink

Lisa berkata, dia dan ibunya kemudian bertemu peramal nasib yang menasihatkan supaya dia menukar nama.

"Jadi peramal mengatakan kamu harus menukar nama. Seminggu selepas saya menukar nama, YG menghubungi saya untuk diambil menjadi pelatih. Saya seperti, wow!" ujar Lisa

Lisa adalah satu-satunya peserta uji bakat yang terpilih daripada 4,000 pemohon dan dilatih selama lima tahun sebelum memulakan debutnya dengan tiga anggota Blackpink yang lain.

Lisa muncul dengan single solo berjudul Lalisa yang merujuk kepada orang yang dipuji, tampil dengan ketara dalam usaha solo debutnya yang dilancarkan pada hari Jumaat lalu.

"Pada mulanya saya rasa agak pelik untuk terus mengulangi nama saya. Bagaimana kedengarannya? Saya sangat menyukainya,

"Sangat lucu, beberapa minggu yang lalu, salah seorang jurukamera bertanya kepada saya, apa maksud Lalisa?'

"Saya seperti... ini namaku. Orang tidak benar-benar tahu bahawa Lalisa adalah nama saya kerana mereka hanya mengenali saya sebagai Lisa Blackpink. Jadi saya sangat gembira kerana saya dapat membuat projek ini dengan tajuk Lalisa" ujarnya - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain