suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Lisa Blackpink bakal lancar debut solo, mula penggambaran MV minggu ini

Lisa akan mulakan penggambaran MV.

SELEPAS Jennie dan Rose, kini Lisa Blackpink dijangka bakal melancarkan debut solonya tidak lama lagi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan YG Entertainment, Lisa akan melakukan penggambaran muzik videonya minggu ini.

Sebelum ini khabar angin mengenai Lisa tampil solo tersebar sejak awal tahun ini.

"Semua ahli kumpulan Blackpink berpeluang untuk mempunyai lagu sendiri. Jennie antara terawal yang mengeluarkan single Solo pada 2018," ujar agensi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dikhabarkan Blackpink akan melancarkan sesuatu untuk menyambut ulang tahun mereka yang kelima pada 8 Ogos depan.

Selain Rose, Lisa dan Jennie, kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love ini turut dianggotai Jisoo.

Berbanding tiga rakannya yang lain, Jisoo kini semakin aktif dalam bidang lakonan apabila membintangi drama Snowdrop yang kini masih lagi dalam pembikinan. - Soompi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Lisa, Blackpink, album solo, musim panas

Artikel Lain