suria

Untung kahwini Fairuz A Rafiq! Sonny terima hadiah alat senaman sempena hari lahir, sokong suami ‘buat’ badan

Pasangan bahagia... Fairuz A Rafiq bersama suami Sonny Septian dan anak-anak mereka.

SUAMI kepada pelakon Fairuz A Rafiq iaitu Sonny Septian menerima hadiah istimewa daripada isteri sempena ulang tahun kelahiran ke-35 yang disambut pada Ahad lalu.

Menurut laporan Kompas, Fairuz menghadiahkan satu set alatan senaman yang bermanfaat untuk kegunaan harian suaminya itu.

"Saya fikir alat senaman seperti di gimnasium ini bermanfaat untuk kegunaan jangka panjang, bagi membentuk penampilan badannya dan kesihatan tubuh juga.

"Itu memang kesukaan dia kerana alat senaman ini sudah lengkap untuk membentuk tubuh badannya," katanya.

Sementara itu, Sonny pula mengakui terlalu gembira menerima hadiah istimewa pemberian isterinya itu.

Fairuz A Rafiq Sonny

Peminat memuji kemesraan pasangan ini.

"Setiap kali ulang tahun, kami akan beri hadiah yang terbaik antara satu sama lain.

"Setiap tahun pasti ada peningkatan... dari segi hadiah, niat dan usaha kita menyambut hari kelahiran itu," ujarnya.

Fairuz berkahwin dengan Sonny pada 21 Mei 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Queen Eijaz Slofa berusia tiga tahun.

Anak kedua pasangan ini dijangka dilahirkan pada Disember depan.

Fairuz juga memiliki anak lelaki bernama King Faaz hasil perkahwinan dengan Galih Ginanjar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain