suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama tak berlakon, rupa-rupanya Preity Zinta kini petani, seronok usahakan kebun epal

Preity Zinta kini sibuk bertani dan menguruskan kebun epal.

PELAKON Bollywood Preity Zinta yang sudah jarang muncul di kaca televisyen dilihat semakin aktif melakukan aktiviti perkebunan.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Preity kini banyak meluangkan masa untuk mengimbau kembali kenangan masa kecil dengan mengunjungi ladang keluarganya di Shimla, Himachal Pradesh di India.

"Saya teruja melihat pokok epal setelah sekian lama sehingga berhenti hujan saya berlari keluar.

"Kembali ke rumah keluarga kami pada musim epal setelah itu adalah pengalaman yang penuh emosi dan menggembirakan," tulisnya di Instagram.

Preity mula menjadi petani sejak 2019 dan bergabung dengan komuniti pertanian apel di Himachal Pradesh.

Selain bercucuk tanam di halaman rumahnya dia juga menanam rempah-rempah, sayuran, serta buah-buahan.

Preity Zinta berkahwin dengan suaminya Gene Goodenough yang berasal daripada Amerika Syarikat pada tahun 2016.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Preity Zinta, berkebun

Artikel Lain