suria

[VIDEO] Romantik! Sam Asghari tempah ukiran istimewa dalam cincin berlian 4 karat Britney Spears

Britney menayangkan cincin pertunangannya dengan Sam.

SELEPAS lima tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Britney Spears akhirnya mengikat tali pertunangan dengan Sam Asghari.

Britney menerusi Instagram miliknya berkata dia tidak menyangka sudah bertunang dengan teman lelakinya itu.

"Saya sangat tidak percaya!" tulis Britney dengan emoji cincin.

Penyanyi lagu Oops!... I did it Again itu turut memuat naik video bersama tunangnya dengan menayangkan cincin berlian bernilai ASD70,000 (RM300,000).

Rata-rata peminat serta rakan selebriti turut melahirkan rasa teruja serta mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Cincin berlian empat karat yang menakjubkan dari Forever Diamonds NY itu ditempah khas oleh Sam untuk tunangnya itu.

Selain kilauan berlian, Sam turut mempamerkan sisi romantisnya dengan mengukir perkataan 'Lioness' iaitu nama panggilannya untuk Britney.

Untuk rekod, Britney pernah berkahwin dengan Kevin Federline pada 2004 namun berpisah pada 2007.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Sean Preston, 15, dan Jayden James, 14.

Sebelum berkahwin dengan Kevin, Britney pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Justin Timberlake dari 1992 hingga 2002.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain