suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kristen Stewart alami perkara mistik ketika bawa watak Puteri Diana, rasa diri dirasuki ‘sesuatu’

Kristen Stewart diganggu makhluk misteri.

MEMBAWA watak sebagai Puteri Diana, pelakon Hollywood Kristen Stewart akui alami perkara mistik ketika menjalani penggambaran filem Spencer.

Memetik laporan E! News, Kristen mengalami perasaan menyeramkan ketika membawa watak Puteri Diana yang mengalami tekanan emosi dalam hidupnya.

"Aku merasa ada momen-momen di mana aku seperti mendapat petanda.

"Ngeri rasanya menceritakan kisah seseorang yang sudah tiada dan aku merasa seperti ada yang menyusup masuk tubuhku," katanya.

Kristen juga akui kadang-kala merasa Puteri Diana yang merupakan isteri kepada Raja Henry VIII seperti masih hidup.

"Dia terasa sangat hidup untukku, ketika aku membuat filem ini, semua hanya ada di kepala dan fantasi.

"Tapi kadang-kadang tubuh dan fikiranku lupa bahawa dia sudah meninggal.

"Dan tiba-tiba aku mendapat gambaran apa yang telah terjadi serta mengingatk siapa saja yang dia tinggalkan,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia