suria

Anak Ahmad Dhani, El Rumi dedah ciri-ciri wanita idaman… paling penting bukan ‘kaki clubbing’

El Rumi cari wanita yang suka duduk rumah.

ANAK kepada penyanyi dan pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu El Rumi memberitahu dia meletakkan sasaran usia 27 tahun untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan DetikHot, El berkata dia ingin mengikut jejak langkah ayahnya berkahwin pada usia muda.

Namun dalam hal mencari jodoh, El turut memberitahu dia tidak mahu bapa dan ibunya, Maia Estianty masuk campur dalam urusannya mencari bakal isteri.

"Target saya paling tua bernikah di usia 27 tahun... semasa saya lahir dulu, ayah pun berusia 27 tahun jadi saya mahu ikut dia la.

"Jodoh? Saya mahu cari sendiri!" katanya.

Ditanya mengenai kriteria calon isteri yang diinginkan, pemuda berusia 22 tahun ini berkata dia menyukai wanita yang tidak suka keluar malam.

"Yang penting orangnya baik, tak suka keluar malam. Saya tahu kadang-kadang gadis-gadis suka keluar malam, clubbing... kalian tahulah yang mana suka clubbing atau tak.

"Paling saya suka gadis-gadis yang tak suka keluar malam dan hanya berada di rumah," katanya.

El Rumi

El Rumi rancang kahwin di usia 27 tahun.

Meskipun beberapa tahun menetap dan meneruskan pengajian di Kota London, El Rumi berkata dia tidak pernah jatuh cinta dengan wanita warga asing, sebaliknya dia lebih menyukai gadis Indonesia.

"Saya lebih suka produk Indonesia.

"Bonda (Maia) tak mahu saya kahwin muda, dia mahu saya kejar karier terlebih dahulu tapi kita tengok la nanti," ujarnya.

El sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Amanda Manopo dan Marsha Aruan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain