suria

Bakal timang cahaya mata pertama, foto Jennifer Lawrence nampak 'baby bump' jadi perhatian

Peminat teruja melihat foto Jennifer yang menampakkan 'baby bump'.

TAHNIAH buat pasangan selebriti Hollywood terkenal iaitu Jennifer Lawrence dan Cooke Maroney yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Memetik laporan Hollywoodlife, Jennifer menerusi portal People! mengesahkan dia kini sedang hamil selepas dua tahun berkahwin.

Bagaimanapun usaha pihak media lagi untuk mendapatkan komen dan butiran lebih lanjut mengenai kandungannya gagal apabila aktres itu tidak memberi sebarang respon.

Sehari selepas mengesahkan dirinya hamil, tular pula sebuah foto pelakon filem The Hunger Games ini sedang berjalan dan memperlihatkan bentuk 'baby bump'.

Jennifer mendirikan rumah tangga dengan Cooke yang juga pengarah muzium seni pada 2019 selepas lebih setahun bercinta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain