suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertama kali tayang di Instagram, peminat puji wajah comel anak perempuan Park Joon Hyung

Foto anak perempuan Park Joon Hyung jadi perhatian.

BUAT pertama kali, penyanyi Park Joon Hyung berkongsi wajah penuh anak perempuannya iaitu Park Ju Nie yang kini berusia tiga tahun.

Memetik laporan Allkpop, Park Joon Hyung memuat naik foto dia bersama anak sulungnya itu menerusi laman Instagram miliknya.

"Semua orang kena berhati-hati dalam keadaan hujan dan harap anda semua selamat sampai di rumah serta menikmati malam yang tenang," tulisnya.

Rata-rata netizen dan peminatnya meluahkan rasa teruja selain memuji anak Park Joon Hyung cantik biarpun masih kanak-kanak.

Sebelum ini, Park Joon Hyung pernah berkongsi video yang menampakkan sedikit wajah puteri kesayangannya itu.

Penyanyi berusia 52 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan pramugari yang 13 tahun lebih muda daripadanya pada 2015.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain