suria

Kwon Mina tutup IG kali kedua selepas kontroversi foto pegang rokok… netizen siasat, buat laporan pada hotel

Kwon Mina dikecam hebat netizen kerana merokok dalam hotel.

BEKAS ahli kumpulan AOA, Kwon Mina kembali menjadi perbualan hangat netizen apabila didapati merokok di dalam bilik sebuah hotel.

Menurut laporan Kpopstarz, Mina dilihat memegang rokok ketika memuat naik foto bersama teman lelakinya di laman Instagram pada 6 September lalu.

Foto itu menjadi pendebatan ramai kerana Mina merokok di kawasan larangan yang tidak dibenarkan.

Hasil carian netizen mendapati foto itu dirakam di sebuah hotel di Yongsan-gu, Seoul di mana bilik yang digunakan Mina merupakan kawasan larangan merokok.

mina 2

Foto dikongsi Mina ini cetus kecaman netizen.

Malah ada netizen menghubungi pengurusan hotel dan melaporkan mengenai salah laku penyanyi berusia 27 tahun.

Tidak berdiam diri, Mina menjawab komen seorang pengikut dengan memberitahu dia merokok di kawasan yang dibenarkan.

Selepas dikecam teruk, Mina menyahaktif akaun Instagram miliknya.

Ini merupakan kali kedua Mina menutup sementara laman sosial kerana dikritik hebat netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain