suria

Suara peminat K-Pop didengari, stesen TV Mnet akhirnya mohon maaf guna laungan azan dalam program menari

Peminat Kpop dunia menggesa Mnet membuat permohonan maaf kerana menggunakan suara azan dalam lagu program mereka.

SELEPAS teruk dikecam netizen kerana didakwa menggunakan laungan azan dalam runut bunyi program terbaharu terbitan mereka, stesen televisyen terkenal dari Korea Selatan iaitu Mnet akhirnya membuat permohonan maaf terbuka.

Menerusi kenyataan di Instagram, Mnet berkata mereka tiada niat ingin menyentuh sensitiviti agama dan lagu tersebut digubah serta diambil daripada pihak ketiga.

“Bagi pihak pasukan produksi Mnet Street Woman Fighter, kami memohon maaf mengenai soundtrack yang digunakan dalam episod pembukaan Street Woman Fighter.

“Lagu ini adalah soundtrack elektronik yang didaftarkan secara rasmi di laman rasmi atas talian. Pasukan produksi berpendapat bahawa bunyi eletronik lagu itu sesuai sebagai muzik latar program. Kami semestinya tidak mempunyai niat lain.

mnet maaf

Mnet menulis permohonan maaf di Instagram.

"Kami menurunkan video tersebut dan akan memuat naik semula selepas menukar lagu baharu," kata pengendali akaun Mnet Dance.

Pada Rabu, Mnet menerima kecaman daripada peminat muzik K-Pop seluruh dunia apabila didakwa menggunakan bunyi azan yang telah digubah dengan lagu lain pada bahagian permulaan bunyi latar rancangan Street Woman Fighter yang dimuat naik menerusi YouTube.

Ia mengundang rasa kurang senang peminat terutamanya msyarakat Islam yang kecewa dan marah dengan tindakan stesen TV berkenaan.

Street Woman Fighter merupakan program pertandingan menari yang menampilkan peserta wanita dan dihoskan oleh penyanyi terkenal, Kang Daniel.

Rancangan ini turut menampilkan Psy, Taeyoung NCT, dan BoA sebagai juri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain