suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Henti guna gambar buruk saya" - Justin Bieber minta media tak pakai foto ketika dia hidap penyakit Lyme

Justin Bieber pernah hidap penyakit Lyme yang kronik.

PENYANYI Justin Bieber meminta pihak media agar berhenti menggunakan gambarnya yang kelihatan buruk ketika sedang menderita penyakit Lyme.

"Saya masih lagi terkejut bila tengok masih ada lagi media yang gunakan gambar-gambar saya yang buruk seolah-olah nak tunjuk yang saya ni sedang sakit.

"Banyak lagi gambar saya yang okay yang boleh dipilih mereka tapi mereka sengaja mahu tetap menggunakan foto-foto yang nampak saya sakit dan tidak sihat, ia suatu yang tidak bagus.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Disebabkan gambar-gambar yang mereka pilih itu ramai selalu tersalah anggap kata saya ambil dadah, sedangkan mereka tidak tahu yang saya pernah hidap penyakit Lyme sebelum ini," katanya.

Justin menghidap penyakit itu sejak dua tahun lalu namun dilaporkan sudah beransur pulih.

Sekadar info, Lyme adalah penyakit akibat jangkitan bakteria menerusi gigitan kutu. Gejala yang paling umum adalah terdapat ruam kemerahan di kulit akibat penyakit tersebut. - Pagesix

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain