suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekumpulan kadet tentera Korea Utara disiasat selepas 'kantoi' dengar lagu BTS

Ramai remaja Korea Utara secara diam-diam sudah mula 'memberontak' mahu mendengar lagu luar.

RAMAI sedia maklum tentang undang-undang pihak pemerintah Korea Utara yang melarang setiap rakyatnya daripada mendengar serta menonton bahan hiburan dari negara luar.

Terbaharu, sekumpulan kadet pelatih tentera Korea Utara telah tertangkap mendengar lagu kumpulan Kpop Korea Selatan, BTS dan mereka akan dibicarakan atas kesalahan tersebut dalam masa terdekat.

Mereka tertangkap mendengar lagu BTS berjudul Blood, Sweat & Tears di pemain MP3 masing-masing.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut undang-undang Korea Utara yang diluluskan oleh pemimpinnya, Kim Jong Un pada Disember tahun lalu, mana-mana individu yang ditangkap sedang melayani sebarang jenis hiburan dari Korea Selatan boleh dikenakan hukuman penjara selama lima hingga 15 tahun di kem buruh.

Di sebalik undang-undang ketat itu, media mainstream Korea Utara baru-baru ini melaporkan kebanyakan remaja negara itu kini dalam senyap-senyap suka mendengar lagu BTS memandangkan populariti kumpulan itu yang sedang memuncak pada masa sekarang. - Koreaboo

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain