suria

Rakan baik 'bocor' rahsia... Atta Halilintar, Aurel Hermansyah sudah edar kad kahwin?

Atta dan Aurel dikatakan bakal berkahhwin tidak lama lagi.

PERSONALITI media sosial Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah dikhabarkan akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka dalam masa terdekat.

Menjawab persoalan tersebut, rakan baik kepada Atta iaitu Sunan Kalijaga berkata bintang YouTube itu ada membincangkan mengenai perkara tersebut.

"Minggu lalu saya ada bertanya... melalui panggilan telefon saya tanya dia kenapa sudah ada foto prewedding tapi saya masih belum dijemput ke majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Aurel Hermansyah sedia kahwin muda dengan Atta Halilintar - “Buang masa bercinta lama-lama!”

"Jawab Atta, nanti dulu... apabila semuanya sudah bersedia dia akan maklumkan," ceritanya.

Dalam pada itu, Sunan mengakui gembira jika Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga kerana kedua-duanya memiliki keserasian bersama.

"Saya pasti semua orang akan berbahagia kerana bernikah itu salah satu kewajiban dalam Islam dan harus disegerakan. Kalau rasa itu adalah jodoh ya lebih baik disegerakan.

"Walaupun saya tidak terlalu tahu mengenai hubungan mereka tapi saya melihat mereka sesuai, saling melengkapi antara satu sama lain," ujarnya.

Ditanya adakah benar khabar angin pasangan ini akan mengadakan majlis perkahwinan di Bali, Sunan berkata dia masih belum dapat mengesahkan berita tersebut.

"Saya belum dapat info tentang itu lagi... kebetulan sekarang ini masih Covid-19, jadi agak susah untuk orang datang meraikan.

"Atau boleh jadi yang akan diundang hanya keluarga, saya tak pasti kerana saya bukan keluarganya," katanya.

SUMBER: Hot Detik

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain