suria

Tiga tahun bercinta... Lee Joon, Jung So Min akhirnya putus!

Lee Joon, Jung So Min berpisah setelah tiga tahun bercinta.

SETELAH tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya pasangan pelakon Lee Joon dan Jung So Min memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Menurut laporan Soompi, sumber daripada agensi pengurusan memaklumkan mereka berpisah secara baik dan tiada masalah untuk terus bersahabat.

"Mereka putuskan untuk menjaga hubungan baik dan menyokong antara satu sama lain sebagai rakan pelakon," kata sumber.

Sementara itu, agensi Lee Joon iaitu Prain TPC mengesahkan mengenai berita tersebut.

"Benar! Lee Joon dan Jung So Min sudah putus baru-baru ini. Lee Joon merancang untuk muncul dengan projek menarik untuk peminat.

Agensi Jung So Min turut mengeluarkan kenyataan sama dan meminta peminat terus memberikan sokongan kepada artis naungannya.

"Lee Jung dan Jung So Min sudah putus. Keduanya memilih untuk menjadi teman," tulisnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lee Joon, Jung So Min

Artikel Lain