suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dalam diam-diam, Taecyeon 2PM sudah 3 tahun bercinta dengan wanita misteri

Taecyeon dan teman wanitanya dilihat di Pyeongchang, Wilayah Gangwon, Korea Selatan.

AHLI kumpulan Kpop terkenal 2PM, Taecyeon kini menjalinkan hubungan cinta bersama seorang gadis bukan dalam kalangan selebriti.

Pasangan itu dirakam menghabiskan masa bersama di Pyeongchang, Wilayah Gangwon.

Pihak pengurusan Taecyeon, 51K mengesahkan berita itu namun tidak mendedahkan identiti wanita tersebut mahupun status hubungan mereka.

"Memang betul Taecyeon sedang menjalinkan hubungan bersama seorang gadis bukan selebriti.

"Kami perlu berhati-hati dalam membicarakan hal ini kerana ia hal peribadi Taecyeon dan teman wanitanya bukan seorang artis," kata pihak pengurusannya.

Bagaimanapun, sumber rapat penyanyi itu mendedahkan teman wanita Taecyeon yang berusia 29 tahun bekerja di sebuah pejabat dan mereka telah menjalinkan hubungan serius sejak tiga tahun lalu.

"Pasangan itu meneruskan percintaan mereka walaupun semasa Taecyeon berkhidmat dalam ketenteraan.

"Setiap kali dia mendapat cuti semasa perkhidmatannya, mereka akan keluar seperti pasangan lain.

"Ini kali pertama dia mengesahkan hubungan cintanya dan hubungan mereka serius," ujar sumber tersebut.

Sumber: allkpop

Taecyeon, 2PM

Artikel Lain