suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah sekarang tak cukup besar! Anang Hermansyah akhirnya jual kediaman mewah bernilai RM10.5 juta

Anang lantik ejen hartanah untuk menguruskan proses jual beli kediaman mewah miliknya.

AKHIRNYA penyanyi Anang Hermansyah mengambil keputusan menjual kediaman mewah miliknya setelah beberapa kali memikirkan untuk berbuat demikian.

Menurut laporan Liputan6, Anang melantik ejen hartanah untuk menguruskan proses jual beli banglo mewah yang dikatakan bernilai RM10.5 juta.

Menerusi laman Instagram Ray White Cipete, ejen tersebut yakin rumah berkenaan akan mendapat pembeli baharu berikutan ia merupakan milik pasangan terkenal Anang dan Ashanty.

Ejen yang dilantik juga ada berkongsi foto dan video keadaan persekitaran rumah tersebut.



Kediaman mewah milik Anang ini dijual dengan harga tinggi.

Dalam rakaman yang dimuat naik oleh Haryadi RayWhite, segala maklumat mengenai kediaman itu turut dikongsi secara lengkap.

Anang menjual banglo tersebut bersama segala kelengkapan termasuklah perabot, lampu, mainan kanak-kanak dan piano.

Sementara itu, menerusi laporan Intens Investigasi, Anang memaklumkan dia dan keluarga ingin berpindah ke rumah yang lebih besar dan luas.

Namun, dia masih belum mendedahkan lokasi kediaman terbaharunya itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Anang Hermansyah, Ashanty

Artikel Lain