suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aurel Hermansyah sedia kahwin muda dengan Atta Halilintar - “Buang masa bercinta lama-lama!”

Aurel Hermansyah mengakui sudah bersedia bergelar isteri di usia muda. Foto: Hot Detik

MESKIPUN status hubungan mereka masih menjadi tanda tanya, namun penyanyi Aurel Hermansyah memberi bayangan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial, Atta Halilintir dalam masa terdekat.

Menurut laporan Kapan Lagi, anak kepada penyanyi Krisdayanti dan Anang ini berkata dia ada alasan tersendiri memilih untuk berkahwin di usia muda.

"Sekarang usia saya 21 tahun, apabila saya kata mahu kahwin, ramai yang terkejut dan bertanya... yakinkah Aurel kerana terlalu muda mahu bernikah?

"Satu alasan (berkahwin muda) adalah kerana saya mahu ada anak yang usia antara kami tidak jauh, seperti saya dengan bonda Ashanty... jadi saya ada teman meluah perasaan, boleh berkongsi cerita," katanya.

Aurel berkongsi pandangannya itu semasa menjadi tetamu dalam program temubual bersama Rian Ekky Pradipta atau Rian D'Masiv di laman Youtube.

Dalam pada itu, Aurel memberitahu dia enggan membuang masa bercinta dalam tempoh terlalu lama.

Baginya, perkahwinan merupakan perkara baik yang harus disegerakan.

"Kedua, buat apa nak bercinta lama-lama... macam buang masa sahaja, jadi lebih baik terus ke fasa berikutnya!," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain