suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iggy Azalea buka rahsia sudah bersalin anak lelaki pada awal tahun

Iggy kini mempunyai seorang anak lelaki.

SELEPAS beberapa minggu meninggalkan tanda tanya dalam kalangan peminat, akhirnya penyanyi Iggy Azalea mengesahkan dia sudah melahirkan cahaya mata lelaki pada awal tahun ini.

Memetik laporan Hollywoodlife, dia menunggu waktu yang sesuai untuk berkongsikan berita tersebut namun hari demi hari perasaannya menjadi resah selagi tidak beritahu kepada umum.

"Saya kini mempunyai seorang anak lelaki. Saya simpan perkara ini sampai waktu yang sesuai untuk saya beritahu kepada umum.

"Lama-kelamaan saya sedar yang saya menjadi resah untuk kongsikan berita gembira ini dengan seluruh dunia," kata Iggy menerusi laman Instastory miliknya.

Iggy, 30, menyambut kelahiran anak pertamanya dengan kekasihnya yang berusia 23 tahun iaitu Playboi Carti.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Iggy Azalea

Artikel Lain